Abu Ali
Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham (Bahasa Arab:ابو
علی، حسن بن حسن بن الهيثم) atau Ibnu Haitham (Basra,965 - Kairo 1039),
dikenal dalam kalangan cerdik pandai di Barat, dengan nama Alhazen,
adalah seorang ilmuwan Islam yang ahli dalam bidang sains, falak,
matematika, geometri,
pengobatan, dan filsafat. Ia banyak pula melakukan penyelidikan
mengenai cahaya, dan telah memberikan
ilham kepada ahli sains barat seperti Boger,
Bacon, dan Kepler
dalam menciptakan mikroskop serta teleskop..
Sejarah
Masa ilmuwan-ilmuwan Islam
Islam sering kali
diberikan gambaran sebagai agama yang mundur dan memundurkan. Islam juga
dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan
ilmu. Kenyataan dan gambaran yang diberikan itu bukan saja tidak benar tetapi
bertentangan dengan hakikat sejarah yang sebenarnya.
Sejarah telah
membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan banyak golongan sarjana dan
ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah,
sains, politik,
kesusasteraan, kemasyarakatan, agama,
pengobatan, dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para
tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak
sekedar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, tetapi dalam masa
yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara bersamaan.
Walaupun tokoh
itu lebih dikenali dalam bidang sains
dan pengobatan tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama, falsafah,
dan sebagainya. Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Ibnu Haitham
atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham.
Perjalanan hidup
Dalam kalangan
cerdik pandai di Barat, beliau dikenali dengan nama Alhazen. Ibnu
Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun
354H bersamaan dengan 965 Masehi. Ia memulai pendidikan awalnya di Basrah
sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah
beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil
keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan
pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.
Kecintaannya
kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir.
Selama di sana beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja
penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil
serta menyalin buku-buku mengenai matematika
dan falak. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan uang cadangan dalam menempuh perjalanan menuju Universitas Al-Azhar.
Hasil daripada
usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains,
falak, matematik, geometri, pengobatan,
dan falsafah. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang
penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya mengenai
pengobatan mata telah menjadi asas kepada pengajian pengobatan modern mengenai
mata.
Karya dan penelitian
Sains
Ibnu Haitham
merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai
cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan
Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Ia merupakan orang pertama yang
menulis dan menemukan berbagai data penting mengenai cahaya.
Beberapa buah
buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggris, antara lain Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahas
mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta
bayang-bayang dan gerhana.
Menurut Ibnu
Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 derajat di
ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di
garis 19 derajat ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berhasil
menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu Haitham
juga turut melakukan percobaan terhadap kaca yang dibakar, dan dari situ
ditemukanlah teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para ilmuwan
di Itali untuk menghasilkan kaca pembesar yang pertama di dunia.
Yang lebih
menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui prinsip isi padu udara sebelum
seorang ilmuwan yang bernama Trricella yang mengetahui perkara itu 500 tahun
kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemukan kewujudan tarikan gravitasi sebelum
Issaac Newton mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia
sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur telah
memberikan ilham kepada ilmuwan barat untuk menghasilkan wayang gambar. Teori
beliau telah membawa kepada penemuan film yang kemudiannya disambung-sambung
dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita lihat pada masa
kini.
Filsafat
Selain sains,
Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah, logik, metafizik, dan
persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Ia turut menulis ulasan dan
ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu.
Penulisan
falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi
pertikaian. Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara
berpunca daripada pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya.
Beliau juga
berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab itu semua dakwaan
kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang sedia ada. Jadi,
pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk disoroti.
Bagi Ibnu
Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan
ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk
menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya.
Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fizikal dan mental akan turut
mengalami kemerosotan.
Karya
Ibnu Haitham
membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah mencari dan mendalami
ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga kini beliau berhasil menulis
banyak buku dan makalah. Di antara buku hasil karyanya:
- Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu metametik dan metametik penganalisaannya;
- Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;
- Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;
- Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap rantau;
- M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak dan
- Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.
Sumbangan Ibnu
Haitham kepada ilmu sains dan filsafat amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham
dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu
pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan hingga saat ini.
Walau
bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" oleh ilmuwan
Barat tanpa memberikan penghargaan yang patut kepada beliau. Tapi sesungguhnya,
barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam karena
tanpa mereka kemungkinan dunia Eropa
masih diselubungi kegelapan.
Kajian Ibnu
Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa
yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran
sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi terbelenggu oleh
pemikiran filsafat Yunani.
Sumber : http://id.wikipedia.org

